|
HADIS 854 |
854 - حَدَّثَنَا
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ[1]،
قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ[2]،
قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ[3]،
قَالَ:
سَمِعْتُ
جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: «مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ - يُرِيدُ الثُّومَ - فَلاَ
يَغْشَانَا فِي مَسَاجِدِنَا»
Jabir bin Abdillah berkata—Nabi saw bersabda: Barangsiapa
makan dari pokok ini (iaitu pokok bawang putih), maka jangan dia datang masjid
kami.
قُلْتُ: مَا
يَعْنِي بِهِ؟
Aku (‘Ata’) bertanya: Apa yang nabi maksudkan
dengannya?
قَالَ: مَا
أُرَاهُ يَعْنِي إِلَّا نِيئَهُ
Dia (Jabir) menjawab: Aku tidak nampak yang baginda
maksudkan itu kecuali bawang putih yang mentah
وَقَالَ مَخْلَدُ بْنُ
يَزِيدَ: عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ، «إِلَّا نَتْنَهُ»
Makhlad bin yazid berkata: daripada Ibn Juraij (dengan
lafaz matan yang berbeza): Kecuali bau busuknya.
[SYARAH SANAD]
[1] Dalam sanad, al-Bukhari ambil hadis ini dari guru
bernama ABDULLAH BIN MUHAMMAD. Ibn Hajar al-Asqalani kata, dia adalah ABDULLAH
BIN MUHAMMAD AL-MUSNADI.
عَبْدُ اللَّهِ
بْنُ مُحَمَّدٍ هُوَ الْمُسْنَدِيُّ
[2] Abdullah bin Muhammad al-Musnadi itu pula ambil hadis
ini dari ABU ‘ASIM.
Ibn hajar kata, namanya adalah AL-NABILIY النَّبِيلِيُّ yang merupakan guru Imam al-Bukhari. Namun,
ada ketika al-Bukhari tidak ambil hadis darinya secara terus, tetapi mengambil
dari muridnya. Hadis ini, antara hadis yang al-Bukhari tidak ambil hadis dari
al-NABILIY secara terus.
وَأَبُو
عَاصِمٍ هُوَ النَّبِيلِيُّ وَهُوَ شَيْخُ الْبُخَارِيِّ وَرُبَّمَا رَوَى عَنْهُ
بِوَاسِطَةٍ كَمَا هُنَا
[3] Dalam hadis ini, ABU ‘ASIM ambil dari IBN JURAIJ; dia
pula ambil dari ‘ATA’.
Menurut IBN HAJAR AL-ASQALANI, ‘ATA dalam sanad di sini
adalah ‘ATA’ BIN ABI RABAH.
[SYARAH
MATAN]
[1] Dalam matan hadis lepas (853), digunakan lafaz مسجنا—iaitu dengan mufrad. Tetapi dalam
matan hadis ini (854), digunakan lafaz مَسَاجِدِنَا—iaitu
dengan kata jamak. Ini menjadi dalil, bahawa ia tidak dikhususkan untuk masjid
Nabi saw sahaja, bahkan berlaku juga pada semua masjid.
ر: وهذه
الرواية -أيضاً - صريحة بعموم المساجد، والمسئول والمجيب لعله عطاءٌ وفي أبي عاصم.
[2] Ibn Rajab al-Hanbali kata, hadis ini adalah dalil
bahawa illat terhadap larangan dari mendekati masjid adalah kerana ia boleh
menganggu orang mukmin dan malaikat dengan bau busuk.
ر: فدل هذا
الحديث - مع الذي قبله - على أن علة المنع من قربان المسجد تأذى من يشهده من
المؤمنين والملائكة بالرائحة الكريهة
No comments:
Post a Comment