|
HADIS
850 |
850 - وَقَالَ
ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ: أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ، قَالَ: أَخْبَرَنِي
جَعْفَرُ بْنُ رَبِيعَةَ: أَنَّ ابْنَ شِهَابٍ كَتَبَ إِلَيْهِ، قَالَ:
حَدَّثَتْنِي هِنْدُ بِنْتُ الحَارِثِ الفِرَاسِيَّةُ[1]،
عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ
زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَكَانَتْ مِنْ
صَوَاحِبَاتِهَا - قَالَتْ: «كَانَ يُسَلِّمُ، فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ،
فَيَدْخُلْنَ بُيُوتَهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَنْصَرِفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
Daripada Ummu Salamah berkata: Nabi saw selalu memberi
salam, lalu perempuan pun beralih keluar. Para perempuan pun masuk dalam rumah
mereka sebelum Rasulullah beralih dari masjid.
وَقَالَ ابْنُ
وَهْبٍ: عَنْ يُونُسَ، عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَتْنِي هِنْدُ الفِرَاسِيَّةُ،
وَقَالَ عُثْمَانُ بْنُ
عُمَرَ: أَخْبَرَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، حَدَّثَتْنِي هِنْدُ
الفِرَاسِيَّةُ،
وَقَالَ الزُّبَيْدِيُّ:
أَخْبَرَنِي الزُّهْرِيُّ: أَنَّ هِنْدَ بِنْتَ الحَارِثِ القُرَشِيَّةَ
أَخْبَرَتْهُ - وَكَانَتْ تَحْتَ مَعْبَدِ بْنِ المِقْدَادِ، وَهُوَ حَلِيفُ بَنِي
زُهْرَةَ، وَكَانَتْ تَدْخُلُ عَلَى أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ –
وَقَالَ شُعَيْبٌ عَنِ
الزُّهْرِيِّ، حَدَّثَتْنِي هِنْدُ القُرَشِيَّةُ، وَقَالَ ابْنُ أَبِي عَتِيقٍ
عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ هِنْدٍ الفِرَاسِيَّةِ،
وَقَالَ اللَّيْثُ،
حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَهُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ امْرَأَةٍ مِنْ
قُرَيْشٍ، حَدَّثَتْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
[SYARAH
SANAD]
[1] Pada perawi bernama HINDUN BINTI AL-HARIS, dalam
matan al-Bukhari disebut الفِرَاسِيَّةُ. Di sana, ada yang baca dengan لقرشية
[SYARAH
MATAN]
[1] Hadis ini adalah dalil bahawa Nabi saw selalu
duduk sejenak di masjid selepas bagi salam. Baginda duduk itu selepas dari dia
mengadap wajah baginda ke arah makmum—bukan mengadap arah kiblat. Ini
berdasarkan himpunan hadis-hadis antara duduk sekejap dan Nabi saw duduk
mengadap arah makmum. (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر:
وفي الحديث: دليل على أن النبي - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - كان يمكث في
المسجد بعد تسليمه من الصلاة يسيراً، وإنما كان يمكث بعد إقباله على الناس بوجهه،
لا يمكث مستقبلاً للقبلة، وبهذا يجمع بين هذا الحديث والأحاديث المذكورة في الباب
الماضي.
[2] Dihikayatkan dari al-Nakhaie bahawa dia menyatakan bahawa sebelum imam berpaling arah makmum, dia bertakbir terlebih dahulu. (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر:
الإمام يكبر مستقبل القبلة قبل أن ينحرف، وحكاه عن النخعي.
[3] apa yang dinukilkan dari Salaf soleh bahawa
selepas salam, imam terus berpaling dari arah kiblat, kemudian dia boleh duduk
kadar lama yang dia mahu. (Ibn Rajab
al-Hanbali)
ر:
والمنقول عن السلف يدل على أن الإمام ينحرف عقب سلامه، ثم يجلس إن شاء.
[4] Abu al-Ahwas menyatakan bahawa Ibn
Mas’ud ada berkata: apabila imam selesai memberi salam, maka imam itu perlu
bangun dan beralih dari tempat duduiknya. Aku (abu al-Ahwas) bertanya: memadai
dia beralih dari tempat duduknya dan mengadap kiblat? Jawab Ibn Mas’ud: beralih
ke barat atau ke timur. (Dalam Musannaf
Abdul Razaq) (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر:
روى عبد الرزاق في ((كتابه)) عن معمرٍ، عن أبي إسحاق، عن أبي الأحوص، عن ابن
مسعودٍ، قال: إذا سلم الإمام فليقم ولينحرف عن مجلسه. قلت: يجزئه ينحرف عن مجلسه
ويستقبل القبلة؟ قال: الانحراف يغرب أو يشرق، عن غير واحدٍ.
[5] Imam Syafie ada sebut dalam
al-Mukhtasar bahawa digalakkan kepada imam bahawa terus berdiri selepas dari
salam apabila tidak ada makmum perempuan di belakang. (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر:
وقد نصَّ الشافعيَّ في ((المختصر)) على أنه يستحبَُ للإمامِ أن يقومَ عقبَ سلامهِ
إذا لم سكن خلفهَ نساءٌ.
[6] tidak makruh makmum duduk selepas solat di tempat
dia tunaikan solat fardhu itu—dia berzikir kepada Allah, terutama selepas solat
subuh dan asar. Kami tidak tahu pula, ini ada khilaf dalam kalangan ulama. (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر:
فأما المأموم فلا يكره له الجلوسُ بعدَ الصلا ة في مكانه، يذكرُ اللهَ، حصوصاً بعد
الصبحِ والعصرِ، ولا نعلمُ في ذلك خلافاً
[7] Hadis Ummu Salamah yang imam bukhari keluarkan di
atas menjelaskan bahawa nabi saw duduk sejenak hingga perempuan keluar. Maka,
terhindar dari bercampur lelaki dan perempuan. Ini adalah dalil bahawa para
lelaki duduk bersama nabi—mereka tidak beralih tempat kecuali selepas nabi saw
beralih. (Ibn Rajab
al-Hanbali)
ر:
وحديث أم سلمة المخرج في هذا الباب يدل عليه، فإن النبي - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ - كان يجلس يسيراً حتى ينصرف النساء، فلا يختلط بهن الرجال، وهذا يدل
على أن الرجال كانوا يجلسون معه، فلا ينصرفون إلا مع انصرافه.
[8] dalam riwayat al-Bukhari di tempat lain
ada hadis berikut: Apabila para perempuan memberi salam, mereka bangun dan Nabi
kekal di tempat baginda bersama dengan para lelaki. Apabila Baginda bangun,
para lelaki pun turut bangun. (sanadnya: riwayat Yunus yang ambil dari Ibn
Syihab)
ر:
خَّرجه البخاري فيما بعد من رواية يونس، عن ابن شهاب، ولفظه: إن النساء كن إذا
سلمن من الصلاة قمن وثبت رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - ومن معه
من الرجال ما شاء الله، فإذا قام رسول الله - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -
قام الرجال.
[9] Hadis ini adalah dalil bahawa Nabi saw tidak
berdoa berjemaah bersama makmum selepas dari selesai solat. hal ini kerana,
jika nabi lakukan juga, sudah pasti turut disertai para lelaki dan perempuan
sepertimana Nabi saw suruh perempuan hadir dalam solat hari raya, walaupun
perempuan itu berhaid. Dalam perkataan lain jika selepas solat ada doa
berjemaah sudah pasti perempuan turut hadir bersama dengan lelaki dalam doa tersebut. (Ibn Rajab al-Hanbali)
ر: وفي هذا الحديث: دليل على أن النبي - صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ - لم يكن يدعو بعد فراغ صلاته دعاء عاما للمأمومين، فإنه لو كان كذلك
لاشترك في حضوره الرجال والنساء، كما أمر بشهود النساء العيدين حتى الحيض، وقال:
((يشهدن الخير ودعوة المسلمين)) ، فلو كان عقبٌ الصلاة دعاء عام لشهده النساء مع
الرجال -أيضاً.
[10] imam syafie ada berkata dalam kitab al-Umm: jika
imam bangun sebelum itu; atau imam duduk lebih lama dari itu, hal itu tidak
mengapa. (Ibn Rajab
al-Hanbali)
ر:
وقال الشافعي في ((الأم)) : فإن قام الإمام قبل ذلك، أو جلس أطول من ذلك، فلا شيء
عليه.
[11] Imam syafie kata juga: apabila selesai salam, Makmum
boleh beralih sebelum imam beralih. Namun, aku lebih suka jika makmum beralih
bersama dengan Imam ataupun makmum beralih selepas imam beralih terlebih
dahulu. (Ibn Rajab
al-Hanbali)
قال: وللمأموم أن ينصرف إذا قضى الإمام السلام قبل قيام الإمام، وتأخيره حتى ينصرف بعد انصراف الإمام أو معه أحب إلي.
No comments:
Post a Comment