Sunday, September 25, 2022

SAHIH AL-BUKHARI, HADIS NO: 856

 

 

HADIS 856

 

856 - حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، عَنْ عَبْدِ العَزِيزِ[1]، قَالَ:

 

 سَأَلَ رَجُلٌ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ: مَا سَمِعْتَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي الثُّومِ؟

Seseorang lelaki bertanya kepada Anas bin Malik: apakah kamu tidak dengar Nabi saw bercakap berkenaan bawang putih?

 

فَقَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: " مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الشَّجَرَةِ فَلاَ يَقْرَبْنَا - أَوْ: لاَ يُصَلِّيَنَّ مَعَنَا -

Anas bin Malik pun kata: Nabi saw bersabda: Barangsiapa yang makan dari pokok ini, maka jangan dia hampiri kami (atau: tidak menunaikan solat bersama kami”

 

[SYARAH SANAD]

 

[1] Dalam sanad, disebut bahawa ABDUL WARIS ambil hadis dari ABDUL AZIZ. Ibn hajar kata, ABDUL AZIZ di sini adalah ABDUL AZIZ BIN SUHAIB.

عبد الْعَزِيز هُوَ بن صُهَيْبٍ

 

[2] Disebut dalam hadis ini bahawa ada seseorang lelaki yang bertanya kepada Anas. AL-ASQALANI kata: aku tidak tahu nama lelaki tersebut.

قَوْلُهُ سَأَلَ رَجُلٌ لَمْ أَقِفْ عَلَى تَسْمِيَته

 

 

[SYARAH MATAN]

 

[1] Hadis yang hampir sama ada diriwayatkan oleh IBN KHUZAIMAH dari sahabat bernama HUZAIFAH dengan lafaznya: مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ الْخَبِيثَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا—barangsiapa makan dari sayur yang busuk ini, maka dia jangan hampiri masjid kami. Nabi saw sebut itu sebanyak tiga kali.

وَقَعَ فِي حَدِيثِ حُذَيْفَةَ عِنْد بن خُزَيْمَةَ مَنْ أَكَلَ مِنْ هَذِهِ الْبَقْلَةِ الْخَبِيثَةِ فَلَا يَقْرَبَنَّ مَسْجِدَنَا ثَلَاثًا

 

[2] Kenyataan yang hampir sama juga pernah disebut oleh SAIDINA UMAR, iaitu dia berkata: من أكل البصل والكراث فلا يأكله عند قراءة القرآن، ولا عند حضورِ المساجد—barangsiapa yang makan bawang besar, bawang perai, maka jangan dia makan ketika baca al-Quran dan ketika hadir ke masjid.

ر: وقد روي عن عمرَ، أنه قال: من أكل البصل والكراث فلا يأكله عند قراءة القرآن، ولا عند حضورِ المساجد

 

[PENGAJARAN]

 

[1] IBN RAJAB menyatakan, menurut pendapat JUMHUR ulama bahawa makan bawang tidak haram. Justeru, orang yang makan bawang boleh masuk ke masjid setelah bau busuk mulutnya sudah hilang.

ر:وقد دلت أحاديث هذا الباب على أن أكل الثوم غير محرمٍ في الجملة، وإنما ينهى من أكله عن دخولِ المسجدِ حتى يذهبَ ريحه، وعلى هذا جمهور العلماءِ.

 

Pun begitu, ada kelompok kecil dari kalangan ZAHIRI anggap bahawa makan bawang adalah haram. Namun, nas-nas yang sahih jelas sudah cukup untuk menolak pendapat mereka.

وذهب إلى تحريمِ أكله طائفةٌ قليلةٌ من أهل الظاهرِ. وروي عن بعض المتقدمين -أيضاً -، والنصوصُ الصحيحةُ صريحةٌ برد هذا الكلامِ

 

Jika dilihat pada pandangan UMAR, IBN UMAR, AL-NAKHAWI dan AHMAD; mereka adalah kalangan ulama yang anggap bahawa makan bawang itu adalah makruh.

ر: وأما كراهةٌ أكل ذلك، فمن العلماء من كره أكله نيئاً حتى يُطبخ، منهم: عمر وابن عمر والنخعي، وهو قول أحمد، وقال: الثوم أشدُّ.

 

[2] IBN RAJAB menukilkan pendapat IBN JARIR dan SATU PUAK DARI KALANGAN ULAMA MAZHAB HANBALI bahawa masuk masjid dalam keadaan mulut masih lagi berbau bawang adalah haram.

ر: ودخولُ المسجد مع بقاء ريح الثوم محرمٌ، وهو قولُ طائفةٍ من أصحابنا وابن جرير وغيرهم من العلماء.

 

IBN RAJAB turut nukilkan riwayat bahawa Imam malik pernah ditanya berkenaan orang makan bawang putih pada hari jumaat. Imam Malik menjawab: بئسما صنع حين أكل الثوم وهو ممن يجب عليه حضورُ الجمعة—amat buruklah apa yang dia lakukan—dia makan bawang putih dalam keadaan dia dari kakangan orang yang wajib tunaikan solat jumaat.

ر: وروى ابن وهب، عن مالك، أنه سئل عن أكل الثوم يوم الجمعة؟ فقال: بئسما صنع حين أكل الثوم وهو ممن يجب عليه حضورُ الجمعة.

 

[2] Hadis ini juga dalil bahawa keperluan hindari dari makan bawang ketika hadir ke masjid untuk solat  hari raya, solat jenazah, tempat kenduri. Semua ini menggunakan pendekatan qiyas.

فَيُسْتَدَلُّ بِعُمُومِهِ عَلَى إِلْحَاقِ الْمَجَامِعِ بِالْمَسَاجِدِ كَمُصَلَّى الْعِيدِ وَالْجِنَازَةِ وَمَكَانِ الْوَلِيمَةِ وَقَدْ أَلْحَقَهَا بَعْضُهُمْ بِالْقِيَاسِ وَالتَّمَسُّكِ بِهَذَا الْعُمُومِ أَوْل

 

 



[1] عبد الْعَزِيز هُوَ بن صُهَيْبٍ

No comments:

Post a Comment

FATIHAH 7

  SURAH AL-FATIHAH, AYAT 7   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7) Iaitu jalan...